Persetujuan

Polisi dan Prosedur JJProFX KYC

Bersama visi, integriti, dan profesionalisme syarikat kami, JJProFX, menepati dan mematuhi prinsipal, peraturan dan pematuhan prosedur yang diterima pakai dalam "Ketahui Pelanggan Anda" (KYC). Sebagai entiti berdaftar yang sewajarnya, JJProFX diwajibkan untuk menentusahkan dan mengesahkan akaun pelanggan kami supaya aktiviti seperti kecurian identiti, pembiayaan pengganas, pengubahan wang haram serta lain-lain penipuan dapat dihalang.

Polisi dan Prosedur dalam JJProFX KYC telah ditubuhkan untuk menjamin keselamatan dan melindungi persekitaran dagangan terhadap semua pelanggan JJProFX. Disebabkan itu, demi mengekalkan keselamatan pada tahap tertinggi, JJProFX memerlukan kesemua pelanggan untuk menyediakan beberapa dokumen sebelum menentusahkan dan mengesahkan akaun mereka, iaitu:

  • Gambar Kad Pengenalan (ID) yang dikeluarkan oleh kerajaan - sebagai bukti kepada identiti pelanggan (contoh: Paspot atau Kad ID Kebangsaan); dan
  • Penyata Bil atau Penyata Bank - sebagai bukti untuk alamat (contoh: bil air, bil elektrik, atau apa-apa bil/penyata daripada bank).

Perlu diingat bahawa nama dan alamat yang tertera pada dokumen yang disebut di atas sebagai bukti identiti atau bukti alamat haruslah konsisten dengan maklumat pelanggan yang didaftarkan di Kabinet JJProFX.

Dokumen yang disebut di atas perlu dimuat naik atau dihantar ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk proses menentusahkan serta pengesahan.

Perkongsian Maklumat Bersama Affiliate Kami

Kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda seperti di atas bersama affiliate kami untuk tujuan perniagaan, seperti, tidak terhad kepada, khidmat akaun pelanggan dan memberitahu pelanggan tentang produk dan perkhidmatan terbaru kami, atau untuk membantu dalam aktiviti dagangan syarikat, affiliatenya, atau para pekerja, dan seperti yang dibenarkan undang-undang berkaitan. Affiliate kami termasuklah syarikat yang dikawal atau dimiliki oleh kami termasuk syarikat yang mempunyai kepentingan pemilikan terhadap syarikat kami. Maklumat yang kami kongsikan dengan affiliate termasuklah maklumat seperti yang di atas, seperti nama anda, alamat, dan maklumat dagangan serta akaun. Affiliate kami mengekalkan privasi maklumat anda seperti yang JJProFX lakukan dalam Polisi ini.

Perkongsian Maklumat Bersama Pihak Ketiga

JJProFX tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga, kecuali seperti yang diterangkan dalam Polisi ini. Pendedahan pihak ketiga termasuklah berkongsi maklumat tersebut dengan syarikat bukan affiliate yang melakukan khidmat sokongan terhadap akaun anda atau penyediaan transaksi anda bersama JJProFX, termasuklah penyediaan profesional, undang-undang, atau nasihat perakaunan kepada JJProFX. Syarikat bukan affiliate yang membantu JJProFX dalam menyediakan perkhidmatan kepada anda dikehendaki mengekalkan kerahsiaan terhadap maklumat seperti itu, dan hanya menerima dan menggunakannya untuk tujuan perkhidmatan tersebut dan hanya untuk tujuan yang JJProFX arahkan.

Kami juga mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk memenuhi arahan atau turutan untuk menyatakan persetujuan anda. Jaminan kami, maklumat tersebut tidak akan dijual dalam apa juga keadaan.

Kawal Selia Pendedahan: Di bawah keadaan tertentu, JJProFX akan menyerahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang dibenarkan, atau menurut undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Sebagai contoh, kami akan menyerahkan maklumat peribadi untuk bekerjasama dengan badan selia dan agensi penguatkuasa undang-undang sebagai mematuhi sepina atau permintaan rasmi yang lain, dan kepentingan untuk melindungi hak serta harta kami. Selain dinyatakan dalam polisi privasi ini, kami tidak akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan lain, melainkan kami akan menerangkan bagaimana maklumat itu akan digunakan atau kami akan mendapatkan kebenaran anda.

Jika anda mempunyai soalan atau keraguan mengenai privasi maklumat anda di JJProFX, sila hubungi kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.