Mengenai JJProFX

Mengenai JJProFX Limited

Dengan besar hati kami mengalukan kedatangan anda ke salah satu platform perkhidmatan kewangan yang terkenal di dunia, JJPROFX. Kami percaya maklumat yang anda perolehi dengan mengakses laman web ini dapat memberi gambaran mengenai perkhidmatan dagangan FX kami yang luas. JJPRO Limited, juga dikenali sebagai JJProFX, ditubuhkan oleh veteran pasaran kewangan yang berpengalaman dalam Pelaburan Forex, Opsyen Binari Forex dan Pasaran Saham serta turut memberi pedagang online akses kepada dunia Pelaburan Tukaran Asing.

Misi utama kami ialah untuk menawarkan khidmat bertaraf dunia kepada pedagang, membantu mereka mendapatkan peluang untuk menambah pendapatan, menaik taraf gaya hidup dalam keadaan global semasa yang berliku. Perkhidmatan kami tertumpu kepada pedagang kecil dan sederhana yang hanya mendapat keuntungan konsisten di pasarana FX. Pasukan kami terdiri daripada Pengurus Dana, Perunding Pelaburan dan juga pelabur dengan nilai jutaan ringgit. Sebagai broker FX profesional, JJProFX menyediakan kecairan yang konsisten kepada semua pelanggan melalui penyedia kecairan utama.

JJPROFX bukan saja menyediakan platform yang stabil 24 jam, ia juga mempunyai sebaran yang kompetetif, komisyen yang sedikit dan juga platform dagangan online yang terkenal. JJProFX Investment telah meraih kedudukan yang kuat dalam arena perdagangan online dan mempunyai lebih dari 12,000 pelanggan dalam masa 6 bulan sejak tidak rasmi ia dilancarkan. Kini, pelanggan JJProFX berpengkalan lebih dari 5 negara di serata dunia. Profil antarabangsa dan pengalaman kami menjadi asas kepada aktiviti yang boleh diterangkan seperti berikut:

Perkhidmatan Pengurusan Dana Hebat dengan ROI yang konsisten

Harga Kompetetif

Pelaksanaan dagangan yang sangat efisien

24 Jam Sehari, 5 Hari Seminggu

Sama ada anda mahu berdagang sendiri, mengikuti isyarat dagangan ketua kami atau mendapatkan perkhidmatan pengurusan daripada Pengurus Dana kami yang terkenal, JJPROFX bersedia untuk menyediakannya dengan layanan bertaraf dunia!

JJProFX sudah pasti menjadi platform yang tepat buat pedagang dan pelabur yang menghargai nilai perkhidmatan berdedikasi yang digabungkan dengan teknologi canggih. Selain itu, JJProFX mempunyai wakil dan cawangan bantuan di beberapa negara di Asia Tenggara, membolehkan ramai pelanggan menikmati kelebihan perkhidmatan komprehensif kami setiap hari tanpa gangguan.

Harapan kami kepada semua pelanggan supaya menggunakan kemudahan pembelajaran kami sebagai kelebihan dalam pengalaman berdagang sendiri, juga kami bersedia untuk menyediakan perkhidmatan lebih mudah kepada mereka yang tiada masa untuk mempelajari kesemua teori yang kompleks dan ilmu pelaburan Forex.

Di JJProFx, kami menganggap pelanggan sebagai rakan kongsi; misi kami adalah memberikan kejayaan kepada mereka dan lebih manis lagi jika ia dapat diberikan kepada semua yang menyertai. Kami berusaha untuk menambah baik perniagaan kami di serata dunia dan membantu setiap pelanggan kami mencapai impian mereka.